salam ukhuwah

bismillah

Sunday, June 13, 2010

Nilai senaskhah al-Qur'an itu...


Sayang, tengok ni. Cantiknya Al Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Shima kepada Zafrul. “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni” balas Zafrul.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” sahut Shima..

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Zafrul. Tergelak Shima.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Zafrul yang prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam
lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Zafrul. Shima ikut tersenyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Zafrul menjawab. Shima mendengar dari sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu,
tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Shima muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Shima mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Shima mengomel.

Zafrul kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu
indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Zafrul dan Shima tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Zafrul bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Zafrul mengigil. Shima juga
terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan nak Zafrul. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Zafrul menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su..surah apa ustaz?” Zafrul cuba mengagahkan diri. Shima masih melihat dari
tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi, sambil tangannya mendorong Al Quran.

Surah Ar Rad ....Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Zafrul.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Zafrul.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Shima merah padam wajahnya. Shima entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Zafrul, cara bacanya
seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Zafrul malu bukan kepalang, berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Zafrul, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al Quran. Ianya
hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim". Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.

Zafrul, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk, kemudian diabaikan, dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan, menjadikan hati terlalu tenang, walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad.

Hari semakin cepat berlalu.

Zafrul sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Zafrul. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.

Shima disisi suaminya Zafrul tersenyum.. bersyukur.. kerana senaskah Al Quran itu.... Akhirnya mengetahui dengan baiknya kalimah dalamnya.. inilah yang dikatakan ''Demi senaskah al-quran''...

***************************************************************************

Moral : ada ketikanya.. kita bermula dengan yang salah.. tapi bukan bererti kita harus terus salah...

u-turn hati dan cara hidup kita kepada Allah.. maka Allah akan bantu agar dunia ini dalam genggaman kita,

Pasti!!! dengan izinNya ... bilamana kita mengutamakan Allah dalam kehidupan.. Allah membuat dunia dan isinya tunduk kepada kita...

Itu JanjiNya dan Dia tidak pernah mungkiri janji... sedangkan manusia tidak pernah ingat sumpah dan janjinya sebelum Allah meniupkah ruh kedalam rahim ibu.....

Saturday, June 5, 2010

sUBhaNALLaH...



Wahai kaum muslimin mari kita mengkaji di atas kekejaman yang berlaku kepada umat Islam Palestin yang sentiasa berada dalam keadaan tertindas oleh Yahudi laknatullah yang sentiasa tidak jemu-jemu melakukan keganasan terhadap mereka. Hari demi hari Yahudi Israel membunuh, membuli, merampas, memusnahkan harta benda umat Islam Palestin dengan tidak mempunyai perasaan takut akan kebangkitan umat Islam.

Adakah anda bertanya kepada diri anda apakah punca Israel sentiasa melakukan kekejaman kepada umat Islam Palestin? Kita sebagai saudara sesama Islam perlu menyedari dan peka terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam Palestin, kerana umat Islam itu adalah Ikhwah atau bersaudara.

Sebagai uMAT Islam, mari mendoakan kepada Allah semoga diperolehi kemenangan di hari kelak nanti, Takbir, Takbir, Takbir.....

aper yg patut kiter lakukan????


apa yng ptut kita lkukan..?bukn untuk fitnah ssiapa.. dan bukan nk mgaibkan ssiapa.. adkh itu pksaan atau dsgajakan.. yg pasti ad pihak trtntu yg brtnggungjwab ke atasnya..

ini sbagai iktibar dan ksedaran umat islam skrang.. btapa pihak trtntu mnghina islam shingga ke tahap ini.. dan apa tndkan dan reaksi umat islam skrang.. biar kta sdar siapa yng baik dan siapa yg tiada nilai kmanusiaan.. sedih...

Saturday, April 3, 2010

sUbHanAllah!!! Share

YA ALLAH YA TUHAN KU..
SESUNGGUH NYA ANK2 INI TIDAK BERDOSA...
MENITIS AIR MATA INI TATKALA MELIHAT BAYI YG SEPATUTNYA LAHIR & MELIHAT DUNIA INI DI PERLAKUKAN SEBEGINI RUPA..
YA ALLAH..
KAU TEMPAT KAN LAH MEREKA DI SYURGAMU YA ALLAH..

jaNGan buAng maSA...

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ¿Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.¿

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,¿Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.¿

-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala¿ul A¿laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :¿Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.¿

uNTuK rEnunGAn bERsamA...

Assalamu'alaikum wbt...

Perasan tak..sejak kebelakangan ni, banyak peristiwa besar berlaku pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Kalau sahabat2 masih tak perasan, cube lihat kalendar pengakhiran tahun 2009 dan sepanjang tahun 2010.. kebanyakannya peristiwa2 penting berlaku pada hari Jumaat..kan?

Antaranya..:

1.Hari Raya Eiduladha - 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H-Jumaat
2.Hari Krismas - 26 Dis 2009
3.Gerhana bulan - 1 Jan 2010 bersamaan 15 Muharam 1431 H - Jumaat
4.Gerhana matahari - 15 Jan 2010 bersamaan 29 Muharam 1431 H - Jumaat
5.Tahun Baru Masihi - 1 jan 2010 bersamaan 29 Muharam 1431 H - Jumaat
6.Hari Maulidurrasul - 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1431 H -Jumaat
7.Hari Wesak - 28 May 2010
8.Nuzul Quran - 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 H - Jumaat
9.Hari Raya Eidulfitri - 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 H - Jumaat

*Kemangkatan Sultan Johor - 22 Jan 2010
**Usrah dgn K.su - 29 Jan 2010..insyaAllah.

mgkin ada yg tak perasan.. tp itu lah yg telah ditentukan oleh Allah....kita tak tahu bile. HARI KIAMAT??Wallahua'lam..suda
h bersediakah kita??

usrati hasanah

usrati hasanah

Pages