salam ukhuwah

bismillah

Sunday, March 6, 2011

Adakah Mungkin Kita Lebih Hina Daripada Syaitan




Ada seorang manusia,pada suatu subuh,dia berjumpa dengan syaitan. Entah bagaimana,dia berkawan dengan syaitan itu dan syaitan berasa gembira kerana berjaya berkawan dan berpeluang cerah untuk menyesatkan manusia itu.



Pada waktu Subuh,manusia itu langsung tidak menunaikan solat Subuh. Ini telah menggembirakan hati syaitan.



Pada waktu Zohor,walaupun tidak ada perkara yang menghalang,manusia ini juga tidak menunaikan solat Zohor. Syaitan tetap tersenyum keriangan.



Pada waktu Asar,manusia ini begitu sibuk dengan permainan,maka dia sekali lagi sengaja tidak mahu menunaikan solat. Syaitan tidak tersenyum lagi namun hatinya tetap gembira.



Pada waktu Maghrib,manusia ini buat tidak endah dengan masjid dan surau. Dia langsung tidak menunaikan solat. Syaitan sudah mula gelabah dan risau.



Pada waktu Isyak, manusia ini tidur dan tidak menunaikan solat Isyak. Syaitan tidak menahan lagi rasa bimbangnya dan terus bertemu dengan manusia itu untuk memutuskan persahabatan.



"Putus sahabat?Bukankah aku melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sepertimu?"Tanya manusia itu.



"Aku dimurkai Allah disebabkan aku tidak mahu sujud kepada Nabi Adam hanya sekali. Lihatlah,aku dimurkai Allah dengan sehina-hinanya.Aku dilaknat dan dijadikan musuh hingga hari kiamat kerana sekali sahaja aku tidak mahu bersujud. Tetapi engkau,tidak mahu sujud kepada Allah lima kali! Aku tidak tahu bagaimana murkanya Allah terhadapmu!"

No comments:

Post a Comment

usrati hasanah

usrati hasanah

Pages