salam ukhuwah

bismillah

Tuesday, November 29, 2011

ilmu bkn hanya pd kotak pemikiran

ini kisah sewak2 aq kecik2 dlu...wak2 tu cikgu aq yg cite kn kisah ini...tertrik jgk sbb ye la cite tntg perdebtn antra pengembala kmbg ngn seorg paderi...lgpon aq ni jenis suke dngr je bt nye xnk...pmls katekn...ermm cmne eak...cite nye gini...aq copy je la...mls la nk taip...ley kn...~~~

Pada suatu hari, datang seorang paderi yang ingin berdebat dengan ulama islam. Lalu dia pergi mengadap raja dan menyampaikan hajatnya yg ingin berdebat dengan ulama islam.'Debat ini bersyarat seperti berikut', kata paderi itu.
1.Berdebat tidak menggunakan suara.
2.Berdebat hanya menggunakan isyarat.
3.Tempoh utk raja mencari wakil utk berdebat adalah 3 hari.

Lalu paderi tersebut pulang ke rumahnya dan berjanji akan datang semula bertemu raja selepas 3 hari. Sepanjang 3 hari itu, raja tidur tak lena sebab tiada seorang ulama islam pun yg berani menampilkan diri utk berdebat dengan paderi itu krn syarat yg dikemukakan sangat pelik.Lalu raja terpaksa menggunakan kaedah lain utk mencari wakil debat.Raja telah membuat pengumuman ke pelusuk negara. Lalu, berita ini sampai kepada seorang pengembala kambing yg bertongkat. Tongkat itu digunakan utk menghalau kambing supaya masuk ke kandang apabila senja menjelang.

Apabila masuk hari yg keempat, paderi itu pun kembali menghadap raja. Lalu paderi itu bertanya kepada raja '' Siapakah ulama islam tuanku yg ingin berdebat dgn patik ? '' tanya paderi itu. Lalu raja menggelengkan kepala menandakan tiada seorang ulamaknya yg berani berdebat dgn paderi itu.Lalu paderi itu tersenyum menandakan dia telah menang.

Tiba-tiba, muncul pengembala kambing yg bertongkat itu sambil berkata ''patik akan berdebat dengannya''.Raja berkata kamu biar betul. Lalu pengembala kambing itu tadi menukar pakaiannya yg buruk kepada pakaian seolah-olah seorang ulama islam.Lalu hamba istana mengeluarkan papan hitam berserta kapur yg akan digunakan dlm perdebatan itu.Sesi perdebatan bermula.Bermula dgn paderi itu bertanya 4 soalan kpd pengembala kambing itu. Soalan pertama adalah:

Paderi membuat bulatan pada papan hitam dan menulis dalam bulatan itu angka 1. Lalu bila sampai digiliran pengembala kambing itu tadi, dia juga membuat bulatan dan menulis angka 1 dlm bulatan itu sama seperti paderi itu. Paderi itu berkata kamu benar. 1 - 0 utk pengembala kabing tadi.

Soalan kedua. Paderi membuat bulatan pada papan hitam dan menulis dalam bulatan itu angka 5. Lalu bila sampai digiliran pengembala kambing itu tadi, dia juga membuat bulatan dan menulis angka 6 dlm bulatan itu. Paderi berkata kamu benar. 2 - 0 utk pengembala kambing. Raja semakin kehairanan.

Soalan ketiga. Paderi membuat bulatan yg sangat besar tapi dia membiarkan bulatan itu kosong.Tapi bila sampai giliran pengembala kambing tadi, dia mengangkat tangan sambil menunjukkan genggaman penumbuk kpd paderi itu. Paderi itu berkata kamu benar. 3 - 0 utk pengembala kambing. Raja menjadi bingung.

Soalan terakhir. Paderi menghentakkan tongkatnya ke tanah. Lalu pengembala kambing mengangkat tongkatnya setinggi - tingginya.Paderi itu berkata kamu benar. 4 - 0 utk pengembala kambing. Kesudahanya debat ini dimenangi oleh pengembala kambing itu.

Org ramai yg tak faham apa yg diperdebatkan tadi berjumpa dgn paderi itu. Lalu paderi itu berkata:
1. Soalan pertama yg ku tanyakan tadi mengenai 2 khalimah syahadah. aku membuat bulatan dan menulis 1 krn aku ingin kepastian adakah sah kalimah syahadah seseorang itu dgn satu kalimah. maka pengembala kambing itu membuat bulatan yg sama dan menulis 1 dalamnya bermaksud ada satu lagi kalimah yg melengkapkan keislaman seseorang. 1 kalimah + 1 kalimah = 2 kalimah syahadah. Baru sah keislaman seseorang islam itu.
2. Soalan kedua yg ku soalkan mengenai rukun islam. Aku membuat bulatan dan menulis 5 dlm bulatan itu.Soalanku adalah adakah sah islam seseorang itu dgn hanya 5 rukun islam? Lalu dijawab oleh pengembala kambing itu dia membuat bulatan dan menulis 6 dalamnya. Ini bermakna ada satu lagi rukun iaitu rukun iman yg melengkapkan sah iman seseorang itu.
3. Soalan ketiga yg ku soalkan mengenai penyebaran islam. Aku membuat bulatan besar bermaksud aku bertanya kepadanya bagaimanakah islam berkembang? Lalu pengembala kambing tadi mengangkat penumbuk bermaksud JIHAD. Islam berkembang melalui jihad.
4.Soalan terakhir yg aku soalkan adalah adakah tuhan Allah menciptakan bumi? sbb itu aku menghentakkan tongkatku keatas tanah. Lalu pengembala kambing itu mengangkat tongkat setinggi - tingginya bermaksud Tuhan Allah tidak menciptakan bumi saja, tetapi turut menciptakan langit.

TAPI!!! BILA DITANYA KEPADA PENGEMBALA KAMBING, BAGAIMANA DIA DAPAT MENJAWAB KESEMUA SOALAN ITU? DIA BERKATA:

1.Soalan pertama, paderi tu buat bulat dan tulis angka 1 dalamnya bermaksud dia nak beli seekor kambing. Lalu aku pun buat bulat, tulis 1 dalamnya bermaksud kalau kamu nak beli seekor kambing, aku sedekah seekor lagi kambing.
2.Soalan kedua, paderi tu buat bulat dan tulis 5 dalamya. Ini bermaksud dia nak beli 5 ekor kambing. Lalu aku buat bulat dan tulis 6 dalamnya. Ini bermaksud, kalau dia nak beli 5, aku juga sedekah lagi satu. Jadi 6.
3. Soalan ketiga, paderi tu buat bulat besar dan biar kosong dalamnya. Ini bermaksud dia nak semua kambing aku. Aku angkat penumbuk. Hg Nampak Nih. Banyak Cantek hg nak semua.
4. Soalan terakhir, paderi itu hentak tongkatnya di tanah. Ini bermaksud dia nak kata, dia seorang saja ada tongkat. Lalu aku mengangkat tongkat aku setingginya. Aku berkata Hg Ingat Hg Sorang Ja Ada Tongkat? Aku Pun Ada!!! sekadar renungan pengisi masa lapang...

No comments:

Post a Comment

usrati hasanah

usrati hasanah

Pages